Imbasan LGK 2010

2 dari 3 pengurus lapangan terbang untuk kontigen zon tengah. Sibuk nampaknya.. Hehe

Sambutan dari tuan rumah. Menariknya 'banner' ini yang paling besar dari yang lain..

Dapat jemputan dari konduktor tiket feri ke ruang legar feri di tingkat atas. Pandangan memukau...

Pandangan melalui tingkap kaca di tempat duduk.

Sebahagian dari grup zon tengah. Seperti menunggu bot haram dari Pulau Batu Putih... Hahaha

Jeti penuh dengan atlet.

Tersadai dan letih

Terima kasih kepada penaja - Swing

'The Last Battle' di jeti Kuah. Ampang Superbowl. Akhirnya terpaksa akur dengan masa dan mengorbankan permainan.

Kontigen dari Ibu Pejabat. 'Kalah' dengan sebuah kamera!

Bayangkan hanya kontigen sahaja memenuhi ruang legar ini.

Oriental Village - kaki Gunung Machinchang (ejaan sebenar di laman http://www.visitkedah.com.my)

Jeti Penarak. Turun naik ikan di sini

Rumah keluarga Mahsuri di Makam Mahsuri

Jalan ke Pantai Tanjung Rhu. Sekilas seperti di luar negara.

Tempat tinggal kontigen. Semuanya di sini. Bas dan van transit digunakan sebagai pengangkutan utama.

Balai peraduan. Tiada sambungan elektrik & kunci bilik. Penggunaan elektrik hanya di bilik sterika sahaja. Asrama lelaki dihuni oleh kontigen perempuan dan sebaliknya. 'Kejutan budaya'

Tegar memutar stereng.

Meriah dan merah!

Memberi sokongan kepada sahabat, tetapi bukan kepada yang sedang bermain! Hahahaha

Perjalanan balik yang jauh. 'Temasik di langgar todak' di dalam bas!

Angkatan berkuda mengiringi rombongan Pengarah Urusan dan keluarga Tan Sri dalam lintas hormat pembukaan Hari Sukan 2010.

Pembacaan ikrar

Santai sebelum raptai pembukaan

Kontigen Zon Tengah - mak ngah & pak ngah!

Karom Perseorangan

Karom Beregu

Karom Beregu Campuran

Juga, Karom Beregu (antara perlawanan yang sengit)

Takraw

Bola Sepak

Penyerahan bendera kejohanan 2012 - Ma (Tech) KLIA
Agak terkilan sebab hanya kerana melayan keletihan kerana jam perjalanan pergi yang panjang, banyak perlawanan tidak sempat diambil momennya. Sungguh! Banyak hubungan terjalin di sini. Acara-acara seperti ini memungkinkan terbentuknya hubungan bukan hanya sekadar ‘hai, apa khabar’ sahaja, malah banyak juga yang kami kongsi seperti minat yang sama dan juga sekapala dalam beberapa hal yang lain.
Sebelum aku terlupa, jutaan terima kasih kepada penyumbang gambar-gambar di atas iaitu Suhana, Hafiz (AFRS) dan Saifuddin (AFRS) kerana sudi menukar serta merakam banyak saat -saat yang aku terlepas pandang.
Kepada kontigen zon tengah, anda memang kalah permainan.. Tetapi menang dalam mencipta persaudaraan! Tahniah!
Maafkan aku…
Assalammualaikum…
(p/s : Maaf sekali lagi sebab terlalu lama biar tersadai.. Jangan risau, sahabat. Tinggal lama akan timbul rindu. Itu yang membuat ia berkekalan, Insya Allah!
)