Ciri-ciri

Assalammualaikum dan salam mesra,
Diambil dari laman facebook Kelab Tidur Dengan Buku. Menarik untuk dikongsi.

Nota ini dimulakan oleh Cikpuan Waidakmy melalui Facebook beliau. Kemudian, idea demi idea dicurahkan oleh para peminat buku. Lantas saya menyatukan kesemuanya sekali lagi di dalam nota ini.

Berikut ialah ciri-ciri seorang pencinta buku. Tentu ada yang tersenyum sendiri ketika membaca nota ini.

1. Koleksi peribadi lebih dari 10 buah buku (baca: minima)

2. Buku belum habis dibaca, masih beli yang baru

3. Tidak tahan godaan diskaun di pesta buku (Lagi-lagi 70%!)

4. Boleh beli buku yang sama berulang kali kerana kulit bukunya yang berbeza

5. Jika buku kegemaran hilang, akan membeli semula yang baru

6. Asyik membeli buku dari penulis kegemaran saja, jika sudah sukakan buah tangan penulisnya

7. Buku harta paling berharga

8. Kepantangan kulit buku itu diconteng (yang tidak sepatutnya) atau dirosakkan kulitnya

9. Wajib ada sekurang-kurangnya satu buku di mana-mana saja anda berada

10. Di katil sentiasa ada buku (baca: tidur dengan buku)

11. Bimbang buku yang dipinjam hilang

12. Pantang pergi shopping mall, MPH / Popular kedai wajib kunjung. Dan akan dikunjung berkali-kali

13. Berada di kedai buku ataupun tempat-tempat yang dipenuhi dengan buku tanpa menyedari masa yang berlalu. Boleh jadi berjam-jam lamanya

14. Cukup teruja apabila bertemu buku yang menarik tetapi sukar untuk ditemui (rare)

15. Duduk dalam perpustakaan yang besar, rasa macam perpustakaan tu sendiri punya

16. Dapat tahu judul buku (diminati) yang baru diterbitkan, terus berdesup ke kedai mencari dan membelinya

17. Akan mencari buku yang diingini sehingga berjumpa

18. Sebab koleksi buku terlalu banyak, kadang-kadang lupa siapa yang meminjam buku

19. Tetapi, boleh ingat buku mana pernah dibeli dan dibaca :)

20. Di kedai buku. Pilih beberapa buah buku. Usung dari rak ke rak. Akhirnya, pilih balik buku mana yang mahu dibeli mengikut kemampuan duit tunai dalam dompet. Tidak beli kesemuanya. Letak balik di rak asal. (Nota: Paling teruk, semuanya tidak dibeli. haha )

21. Mula-mula, ambil satu buku. Belek-belek. Bila sudah berkenan, ambil buku yang sama tetapi yang belum disentuh orang atau kalau boleh langsung tiada calar atau berlipat. :p

22. Kalau ke Shopping Complex, wajib masuk ke kedai buku. Kalau tidak masuk, memang tidak tenang jiwa dibuatnya. Meronta-ronta jiwa……..

23. Pergi ke mana-mana, asyik fikir kedai buku sahaja. Kalau ada, saya wajib masuk!

24. Sudah kata pada diri. Cukup-cukuplah beli buku. Sudah banyak dan ada lagi yang belum habis baca. Tapi akhirnya beli lagi dan lagi..

25. Perasaan melihat kedai buku seolah-olah melihat seorang lelaki yang tampan atau wanita yang cantik (Ini memang kronik…)

26. Bagi mereka yang berpasangan… Memang pasangannya akan kebosanan tahap super kalau dirinya tidak berminat dengan buku. Pasangannya berjalan dari rak ke rak buku dengan gembiranya, tetapi si dia ikut sahaja sehingga lenguh kaki. Kesian……..

27. Akan pergi ke kedai buku seorang diri. Tidak akan ajak kawan kerana akan meluangkan masa yang amat lama… Melainkan kawan itu sama-sama ‘penggila’ buku. :) )

28. Seorang penggemar buku tegar mungkin mempunyai 1 folder khusus bertajuk Bookaholic di dalam Google Reader nya

29. Dulu buku berlapis-lapis di dalam. Kini buku berlapis-lapis di luar. Petanda buku sentiasa bertambah.
30. Mengimpikan gudang buku seperti LowYat

31. Salah seorang pelanggan kedai itu berkata ” ishh tengok mereka berdua itu, berdating di dalam kedai komik sewa ini. Seorang baca komik lain dan seorang pula baca komik lain.Duduk berjauhan pula. Amboi, si lelaki sampai tertidur di sofa kedai pula membaca komik, romantikkah ini ? ” (menggunakan teknik surah Yusuf untuk isu Haram-Halal, begitu lah suatu masa dahulu kegilaan buku saya)

32. Sampai saja di rumah, buku terus dibalut!

33. Bagi hadiah buku dan mahu hadiah buku

34. Tidak boleh fokus membaca satu buku sahaja. Satu belum habis dibaca, sudah nampak buku lain
yang lebih menarik. Baca buku lain, kemudian sambung kembali buku tadi..

35. Membaca buku yang sama berulang-ulang kali sekiranya buku itu menarik

36. Sentiasa menyarankan pada kawan-kawan untuk baca buku-buku yang menarik

37. Apa saja perbualan dengan rakan-rakan, pasti memetik apa sahaja yang pernah dibaca

38. Membaca mengikut mood.

39. Tidak dapat menahan nafsu untuk membeli buku, walaupun kekurangan duit. Tetap beli juga kalau ada buku yang diminati. Sudah beli baru fikir!

40. Bercita-cita untuk memiliki sebuah rumah yang ada mini library, rak-rak yg dipenuhi dengan buku untuk menggalakkan ahli keluarga membaca

41. Mahu membuka sebuah kedai buku suatu hari nanti atau perniagaan buku secara online (idea di sebalik hasrat ini: dapat membeli buku untuk diri sendiri dengan harga yang murah atau boleh membaca buku di kedai buku sendiri secara percuma! :p )

42. Mahu membuka sebuah library untuk menggalakkan masyarakat membaca

43. Mahu didik adik-adik dan anak-anak agar mencintai buku!

44. Merasakan bahawa bukulah satu-satunya benda yang kalau dibeli, tidak akan rugi. Walaupun terbeli beberapa kali, buku yang lebih itu akan dibuat hadiah. Kalau terbeli baju yang sama, nanti jadi boria pula, kalau hadiah pada kawan

45. Sangat benci bukunya dicuri, atau pun dipinjam dan tidak dipulangkan, ataupun dipinjam tetapi dipulangkan dalam keadaan bersambal (baca: comot)

46. Suka simpan beg-beg kertas ataupun beg-beg plastik (yang cantik) yang diberi oleh kedai buku!

47. Untuk yang sudah berkahwin.Selalu dileteri suami,buku berselerak.Terutama atas sofa.

48. Kalau ada yang ingin pinjam, lebih rela beli dan hadiahkan.Sebab ada yang pernah pinjam, kata buku yang di pinjam hilang.

49. Mahu masukkan elemen/kawasan buku dalam apa sahaja kedai yang dibuka (waima kedai jual paip besi sekali pun)

50. Merasakan memegang dan membaca buku sambil duduk di bangku taman awam seperti seorang yang ‘cool’ :D

51. Menyorokkan buku yang menarik (sebab tak cukup duit) ke rak bahagian lain di kedai buku, dengan harapan tiada siapa akan jumpa (jadi boleh datang kemudian beli)

52. Sekiranya ada pesta buku, jumlah wang yang boleh habis untuk buku adalah sekitar separuh gaji, sehingga 2 atau 3 bulan gaji. Atau, ukuran kilonya adalah : berbeg-beg plastik besar atau satu dua troli supermarket.

53. Suka bau buku yang baru keluar kedai.

54. Suka buku yang dibalut, penjurunya tajam-tajam dan bersih. Benci yang penjurunya terlipat (seperti telinga anjing, kata cikgu saya) dan kotor.

55. Apabila membaca, sangat pantang meletakkan buku secara terlangkup. Sangat suka menggunakan penanda buku.

56. Apabila tidak menjumpai buku baru yang dicari di kedai, dan buku tersebut sangat-sangat sukar didapati, sanggup fotostat buku dari kulit ke kulit menggunakan buku di perpustakaan.

57. Sangat teliti pada ejaan dan tatabahasa di dalam buku yang dibaca. Sekiranya ada kesalahan, sanggup menulis kepada editor, atau memberitahu orang lain, buku ini teruk bahasanya.

58. Suka menjamu mata dengan melihat buku-buku sama ada perpustakaan sendiri atau di kedai-kedai. Kadangkala, melihat-lihat buku di perpustakaan sendiri lebih seronok daripada keluar bershopping.

59. Rela mengikat perut kerana membeli buku.

60. Bercita-cita menjadi penulis, setiap kali selesai membaca kerana mahu meniru penulis buku yang kita baca.

61. Perasaan bercampur-campur apabila buku rosak atau tidak dipulangkan. Marah si peminjam/makhluk perosak, geram, sedih melihat buku, gembira untuk membeli buku yang baru, ketawa apabila buku baru sudah dapat dibeli.

62. Berasa bangga apabila membeli buku baru dan menjinjing beg plastik buku. Sekiranya boleh, mahu ditunjukkan kepada orang lalu-lalang, bahawa hari ini kita berjaya membeli buku…

63. Masih lagi menyimpan buku-buku lama yang digunakan di sekolah rendah. Setiap buku mempunyai bau dan kenangan pahit manis tersendiri, sebab itu sayang nak dibuang. Apabila pindah rumah, berkotak-kotak buku melebihi pakaian sendiri.

64. Sanggup mengumpul e-book beratus-ratus gigabyte walaupun belum tentu sempat membacanya.

65. Membeli buku atas nama nostalgia.

Saya pasti ramai ulat buku yang tersenyum simpul membaca nota ini.

Percayalah, membaca buku adalah satu perkara yang sangat menyeronokkan!

Ya! Memang betul..! :)
Maafkan aku…
Assalammualaikum..

4 Responses to “Ciri-ciri”

  1. Salam,

    Mmg tersenyum simpul membaca….hihihi….rasa2 3/4 dari sifat2 ade pada diri sendiri…kat sini mmg tengah kumpul buku2…murah anna!! Target cari yang hard cover aje… :)

    Alhamdulillah, anak dara setakat ini ikut perangai mama nyer…suka baca buku..akan menangis kalau bukunyer dirosakkan rakan2…hihihhii

  2. Seronokl melihat list2 yang dinyatakan…. x sabar nak pergi pesta buku antarabangsa akan datang….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.