Imbasan LGK 2010

Posted in Sudut jiwa, Indah, Lakar with tags , on June 25, 2010 by annahs
Assalammualaikum dan salam penuh tahzim..
Lama aku diam. Ramai sahabat mula berdengung seperti nyamuk. ‘Buat apa blog kalau tidak dikemaskini’. Aku lontar senyum. Jawab hanya bila berkesempatan. Aduh, semua bagai menekan jiwa. Dengan tugas, latih tubi sukan, hal -ehwal sendiri dan keluarga di kampung dan beberapa kisah yang tidak tertaip di sini. Menariknya, aku banyak belajar. Rupanya ilmu yang aku ada sepanjang hidup sehingga sekarang pun tidak mampu mengatasi ilmu yang dikaut dalam kesibukan yang ini. Sangat-sangat berguna.
Aku lampirkan di sini beberapa lakaran menarik sepanjang kejohanan sukan di Langkawi baru-baru ini. Tiada piala kemenangan, tetapi yang menariknya mendapat piala persahabatan. Aduh.. Nyaman sih!

2 dari 3 pengurus lapangan terbang untuk kontigen zon tengah. Sibuk nampaknya.. Hehe

Sambutan dari tuan rumah. Menariknya 'banner' ini yang paling besar dari yang lain.. :)

Dapat jemputan dari konduktor tiket feri ke ruang legar feri di tingkat atas. Pandangan memukau...

Pandangan melalui tingkap kaca di tempat duduk.

Sebahagian dari grup zon tengah. Seperti menunggu bot haram dari Pulau Batu Putih... Hahaha

Jeti penuh dengan atlet. :)

Tersadai dan letih

Terima kasih kepada penaja - Swing :)

'The Last Battle' di jeti Kuah. Ampang Superbowl. Akhirnya terpaksa akur dengan masa dan mengorbankan permainan.

Kontigen dari Ibu Pejabat. 'Kalah' dengan sebuah kamera!

Bayangkan hanya kontigen sahaja memenuhi ruang legar ini.

Oriental Village - kaki Gunung Machinchang (ejaan sebenar di laman http://www.visitkedah.com.my)

Jeti Penarak. Turun naik ikan di sini

Rumah keluarga Mahsuri di Makam Mahsuri

Jalan ke Pantai Tanjung Rhu. Sekilas seperti di luar negara.

Tempat tinggal kontigen. Semuanya di sini. Bas dan van transit digunakan sebagai pengangkutan utama.

Balai peraduan. Tiada sambungan elektrik & kunci bilik. Penggunaan elektrik hanya di bilik sterika sahaja. Asrama lelaki dihuni oleh kontigen perempuan dan sebaliknya. 'Kejutan budaya' :)

Tegar memutar stereng.

Meriah dan merah!

Memberi sokongan kepada sahabat, tetapi bukan kepada yang sedang bermain! Hahahaha

Perjalanan balik yang jauh. 'Temasik di langgar todak' di dalam bas!

Angkatan berkuda mengiringi rombongan Pengarah Urusan dan keluarga Tan Sri dalam lintas hormat pembukaan Hari Sukan 2010.

Pembacaan ikrar

Santai sebelum raptai pembukaan

Kontigen Zon Tengah - mak ngah & pak ngah!

Karom Perseorangan

Karom Beregu

Karom Beregu Campuran

Juga, Karom Beregu (antara perlawanan yang sengit)

Takraw

Bola Sepak

Penyerahan bendera kejohanan 2012 - Ma (Tech) KLIA

Agak terkilan sebab hanya kerana melayan keletihan kerana jam perjalanan pergi yang panjang, banyak perlawanan tidak sempat diambil momennya. Sungguh! Banyak hubungan terjalin di sini. Acara-acara seperti ini memungkinkan terbentuknya hubungan bukan hanya sekadar ‘hai, apa khabar’ sahaja, malah banyak juga yang kami kongsi seperti minat yang sama dan juga sekapala dalam beberapa hal yang lain.

Sebelum aku terlupa, jutaan terima kasih kepada penyumbang gambar-gambar di atas iaitu Suhana, Hafiz (AFRS) dan Saifuddin (AFRS) kerana sudi menukar serta merakam banyak saat -saat yang aku terlepas pandang.

Kepada kontigen zon tengah, anda memang kalah permainan.. Tetapi menang dalam mencipta persaudaraan! Tahniah! :)

Maafkan aku…

Assalammualaikum…

(p/s : Maaf sekali lagi sebab terlalu lama biar tersadai.. Jangan risau, sahabat. Tinggal lama akan timbul rindu. Itu yang membuat ia berkekalan, Insya Allah! :) )

Berdiam diri

Posted in Uncategorized with tags on March 19, 2010 by annahs

Assalammualaikum.. Aku akan ‘mengeram’ sehingga hujung bulan ini. Jika, panjang umur aku akan kembali ke lapangan ini, Insya Allah

Presiden PAS

Posted in Copy, Indah with tags on March 6, 2010 by annahs
Assalammualaikum…
Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarga serta beberapa penduduk kampong, telah menyelamatkan Ahamad Mat Zin, 58, dari Kampung Pantai Rusila dari menjadi mangsa lemas
 

Program (iv)

Posted in Hebahan with tags on March 6, 2010 by annahs

PWTC

Fotofest 2010

Date : 12th-14th Mar 2010
Venue : Tun Dr Ismail Hall B
Organiser : Fotokem
Contact Person : Mr Mervin
Tel : 603 4143 7300

Teater Sri Mersing
Tarikh   :  12-21 Mac 2010, 8.30 malam
Lokasi   :  Panggung Sari, Istana Budaya
Harga   :  RM 20, 30, 50, 80, 120 dan 150.
 
p/s : Gambar MATTA Fair diambil dari http://www.matta.org.my/.
        Gambar Teater Sri Mersing dari http://www.ticket2u.biz/.

Aktiviti PBAKL ’10

Posted in Hebahan with tags on February 27, 2010 by annahs
Assalammualaikum & salam sejahtera,
Boleh klik di sini untuk mengetahui aktiviti Pesta Buku Antarabangsa 2010 (PBAKL ’10) di PWTC.

http://www.kualalumpurbookfair.com/menu_activities.html

Maafkan aku…
Assalammualaikum..

Ciri-ciri

Posted in Copy, Lain Hal with tags on February 26, 2010 by annahs
Assalammualaikum dan salam mesra,
Diambil dari laman facebook Kelab Tidur Dengan Buku. Menarik untuk dikongsi.

Nota ini dimulakan oleh Cikpuan Waidakmy melalui Facebook beliau. Kemudian, idea demi idea dicurahkan oleh para peminat buku. Lantas saya menyatukan kesemuanya sekali lagi di dalam nota ini.

Berikut ialah ciri-ciri seorang pencinta buku. Tentu ada yang tersenyum sendiri ketika membaca nota ini.

1. Koleksi peribadi lebih dari 10 buah buku (baca: minima)

2. Buku belum habis dibaca, masih beli yang baru

3. Tidak tahan godaan diskaun di pesta buku (Lagi-lagi 70%!)

4. Boleh beli buku yang sama berulang kali kerana kulit bukunya yang berbeza

5. Jika buku kegemaran hilang, akan membeli semula yang baru

6. Asyik membeli buku dari penulis kegemaran saja, jika sudah sukakan buah tangan penulisnya

7. Buku harta paling berharga

8. Kepantangan kulit buku itu diconteng (yang tidak sepatutnya) atau dirosakkan kulitnya

9. Wajib ada sekurang-kurangnya satu buku di mana-mana saja anda berada

10. Di katil sentiasa ada buku (baca: tidur dengan buku)

11. Bimbang buku yang dipinjam hilang

12. Pantang pergi shopping mall, MPH / Popular kedai wajib kunjung. Dan akan dikunjung berkali-kali

13. Berada di kedai buku ataupun tempat-tempat yang dipenuhi dengan buku tanpa menyedari masa yang berlalu. Boleh jadi berjam-jam lamanya

14. Cukup teruja apabila bertemu buku yang menarik tetapi sukar untuk ditemui (rare)

15. Duduk dalam perpustakaan yang besar, rasa macam perpustakaan tu sendiri punya

16. Dapat tahu judul buku (diminati) yang baru diterbitkan, terus berdesup ke kedai mencari dan membelinya

17. Akan mencari buku yang diingini sehingga berjumpa

18. Sebab koleksi buku terlalu banyak, kadang-kadang lupa siapa yang meminjam buku

19. Tetapi, boleh ingat buku mana pernah dibeli dan dibaca :)

20. Di kedai buku. Pilih beberapa buah buku. Usung dari rak ke rak. Akhirnya, pilih balik buku mana yang mahu dibeli mengikut kemampuan duit tunai dalam dompet. Tidak beli kesemuanya. Letak balik di rak asal. (Nota: Paling teruk, semuanya tidak dibeli. haha )

21. Mula-mula, ambil satu buku. Belek-belek. Bila sudah berkenan, ambil buku yang sama tetapi yang belum disentuh orang atau kalau boleh langsung tiada calar atau berlipat. :p

22. Kalau ke Shopping Complex, wajib masuk ke kedai buku. Kalau tidak masuk, memang tidak tenang jiwa dibuatnya. Meronta-ronta jiwa……..

23. Pergi ke mana-mana, asyik fikir kedai buku sahaja. Kalau ada, saya wajib masuk!

24. Sudah kata pada diri. Cukup-cukuplah beli buku. Sudah banyak dan ada lagi yang belum habis baca. Tapi akhirnya beli lagi dan lagi..

25. Perasaan melihat kedai buku seolah-olah melihat seorang lelaki yang tampan atau wanita yang cantik (Ini memang kronik…)

26. Bagi mereka yang berpasangan… Memang pasangannya akan kebosanan tahap super kalau dirinya tidak berminat dengan buku. Pasangannya berjalan dari rak ke rak buku dengan gembiranya, tetapi si dia ikut sahaja sehingga lenguh kaki. Kesian……..

27. Akan pergi ke kedai buku seorang diri. Tidak akan ajak kawan kerana akan meluangkan masa yang amat lama… Melainkan kawan itu sama-sama ‘penggila’ buku. :) )

28. Seorang penggemar buku tegar mungkin mempunyai 1 folder khusus bertajuk Bookaholic di dalam Google Reader nya

29. Dulu buku berlapis-lapis di dalam. Kini buku berlapis-lapis di luar. Petanda buku sentiasa bertambah.
30. Mengimpikan gudang buku seperti LowYat

31. Salah seorang pelanggan kedai itu berkata ” ishh tengok mereka berdua itu, berdating di dalam kedai komik sewa ini. Seorang baca komik lain dan seorang pula baca komik lain.Duduk berjauhan pula. Amboi, si lelaki sampai tertidur di sofa kedai pula membaca komik, romantikkah ini ? ” (menggunakan teknik surah Yusuf untuk isu Haram-Halal, begitu lah suatu masa dahulu kegilaan buku saya)

32. Sampai saja di rumah, buku terus dibalut!

33. Bagi hadiah buku dan mahu hadiah buku

34. Tidak boleh fokus membaca satu buku sahaja. Satu belum habis dibaca, sudah nampak buku lain
yang lebih menarik. Baca buku lain, kemudian sambung kembali buku tadi..

35. Membaca buku yang sama berulang-ulang kali sekiranya buku itu menarik

36. Sentiasa menyarankan pada kawan-kawan untuk baca buku-buku yang menarik

37. Apa saja perbualan dengan rakan-rakan, pasti memetik apa sahaja yang pernah dibaca

38. Membaca mengikut mood.

39. Tidak dapat menahan nafsu untuk membeli buku, walaupun kekurangan duit. Tetap beli juga kalau ada buku yang diminati. Sudah beli baru fikir!

40. Bercita-cita untuk memiliki sebuah rumah yang ada mini library, rak-rak yg dipenuhi dengan buku untuk menggalakkan ahli keluarga membaca

41. Mahu membuka sebuah kedai buku suatu hari nanti atau perniagaan buku secara online (idea di sebalik hasrat ini: dapat membeli buku untuk diri sendiri dengan harga yang murah atau boleh membaca buku di kedai buku sendiri secara percuma! :p )

42. Mahu membuka sebuah library untuk menggalakkan masyarakat membaca

43. Mahu didik adik-adik dan anak-anak agar mencintai buku!

44. Merasakan bahawa bukulah satu-satunya benda yang kalau dibeli, tidak akan rugi. Walaupun terbeli beberapa kali, buku yang lebih itu akan dibuat hadiah. Kalau terbeli baju yang sama, nanti jadi boria pula, kalau hadiah pada kawan

45. Sangat benci bukunya dicuri, atau pun dipinjam dan tidak dipulangkan, ataupun dipinjam tetapi dipulangkan dalam keadaan bersambal (baca: comot)

46. Suka simpan beg-beg kertas ataupun beg-beg plastik (yang cantik) yang diberi oleh kedai buku!

47. Untuk yang sudah berkahwin.Selalu dileteri suami,buku berselerak.Terutama atas sofa.

48. Kalau ada yang ingin pinjam, lebih rela beli dan hadiahkan.Sebab ada yang pernah pinjam, kata buku yang di pinjam hilang.

49. Mahu masukkan elemen/kawasan buku dalam apa sahaja kedai yang dibuka (waima kedai jual paip besi sekali pun)

50. Merasakan memegang dan membaca buku sambil duduk di bangku taman awam seperti seorang yang ‘cool’ :D

51. Menyorokkan buku yang menarik (sebab tak cukup duit) ke rak bahagian lain di kedai buku, dengan harapan tiada siapa akan jumpa (jadi boleh datang kemudian beli)

52. Sekiranya ada pesta buku, jumlah wang yang boleh habis untuk buku adalah sekitar separuh gaji, sehingga 2 atau 3 bulan gaji. Atau, ukuran kilonya adalah : berbeg-beg plastik besar atau satu dua troli supermarket.

53. Suka bau buku yang baru keluar kedai.

54. Suka buku yang dibalut, penjurunya tajam-tajam dan bersih. Benci yang penjurunya terlipat (seperti telinga anjing, kata cikgu saya) dan kotor.

55. Apabila membaca, sangat pantang meletakkan buku secara terlangkup. Sangat suka menggunakan penanda buku.

56. Apabila tidak menjumpai buku baru yang dicari di kedai, dan buku tersebut sangat-sangat sukar didapati, sanggup fotostat buku dari kulit ke kulit menggunakan buku di perpustakaan.

57. Sangat teliti pada ejaan dan tatabahasa di dalam buku yang dibaca. Sekiranya ada kesalahan, sanggup menulis kepada editor, atau memberitahu orang lain, buku ini teruk bahasanya.

58. Suka menjamu mata dengan melihat buku-buku sama ada perpustakaan sendiri atau di kedai-kedai. Kadangkala, melihat-lihat buku di perpustakaan sendiri lebih seronok daripada keluar bershopping.

59. Rela mengikat perut kerana membeli buku.

60. Bercita-cita menjadi penulis, setiap kali selesai membaca kerana mahu meniru penulis buku yang kita baca.

61. Perasaan bercampur-campur apabila buku rosak atau tidak dipulangkan. Marah si peminjam/makhluk perosak, geram, sedih melihat buku, gembira untuk membeli buku yang baru, ketawa apabila buku baru sudah dapat dibeli.

62. Berasa bangga apabila membeli buku baru dan menjinjing beg plastik buku. Sekiranya boleh, mahu ditunjukkan kepada orang lalu-lalang, bahawa hari ini kita berjaya membeli buku…

63. Masih lagi menyimpan buku-buku lama yang digunakan di sekolah rendah. Setiap buku mempunyai bau dan kenangan pahit manis tersendiri, sebab itu sayang nak dibuang. Apabila pindah rumah, berkotak-kotak buku melebihi pakaian sendiri.

64. Sanggup mengumpul e-book beratus-ratus gigabyte walaupun belum tentu sempat membacanya.

65. Membeli buku atas nama nostalgia.

Saya pasti ramai ulat buku yang tersenyum simpul membaca nota ini.

Percayalah, membaca buku adalah satu perkara yang sangat menyeronokkan!

Ya! Memang betul..! :)
Maafkan aku…
Assalammualaikum..

Mahu bertanya…

Posted in Sudut jiwa with tags on February 24, 2010 by annahs
 
 
 
 
Assalammualaikum dan salam hari baru yang indah!
 
Aku tidak pernah mahu meneka, malah mungkin langsung tidak ambil peduli. Perihal korang yang sentiasa masuk singgah menjenguk ‘rumah’ ini. Biarpun hanya sekadar mengintai..
 
Kalau ada yang mengikuti aku sepanjang tahun 2009 (walaupun bermula sedikit lambat) – kalaupun ada, apa pandangan korang?
 
Boleh tinggalkan tapak kaki anda di sini. Kritis membina atau meruntuh, Insya Allah akan tetap didengar.
 
Tahniah pada korang yang mungkin hadir disetiap kali entri dimasukkan. Maaf selama ini korang tidak dijemput dengan jemputan yang bersungguh dari aku. Malah tiada ‘sajian untuk tetamu’.
 
Maka,
 
Dengan penuh rasa kasih yang melimpah, cinta yang tidak tercurah, kata yang tak terluah… & senyum semanis buah
 
Selamat Datang ke blog annahs.
 
Gadis yang sentiasa mengakui ilmunya tidak pernah cukup, berwatak positif (baca : cuba) & selalu mudah dalam membina membina hubungan
Terlalu sederhana tetapi pencinta makanan, minuman halal serta sangat ber’magnet’ dengan ilmu
Mudah membantu biarpun terpaksa menjadi tidak tahu malu
Paling sedih adalah pesakit lupa. Sedang merawat di ‘ICU’ – buku nota @ telefon tangan sentiasa dibawa.
 
Jemput lah masuk!! Dan kalau ia berbaloi untuk melanggan entri-entri yang dari sini, korang tinggalkan alamat ‘kotak pos elektronik’ di sisi kanan. Kalau ia berbaloi yea!
 
:)
 
Maafkan aku…
 
Assalammualaikum
 
 
 
 
 

Program (iii)

Posted in Copy, Hebahan with tags on February 23, 2010 by annahs

1.

2. ANTOLOGI PUISI SEMPENA DENGAN HARI GURU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sempena dengan sambutan Hari Guru pada setiap bulan Mei setiap tahun (16 Mei ), Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) dan Persatuan Penulis Selangor (PPS) berhasrat mengumpulkan dan seterusnya menerbitkan 1Antologi Puisi HARI GURU.

Justeru, KALAM dan PPS mengalu-alukan dan dengan berbesar hati menjemput semua para penyair dan penulis untuk menghantar karya masing-masing yang berbentuk puisi. Kepada setiap penyair dan penulis, setiap puisi yang ingin dihantar mestilah memenuhi ciri-ciri berikut, iaitu:

i) Taksiran puisi adalah terbuka, iaitu sama ada berbentuk tradisional (pantun, syair, nazam dan gurindam) atau moden (sajak).
ii) Tema puisi pula mestilah tentang jasa, pengorbanan, penghargaan dan seumpamanya tentang guru.

iii) Panjang sesebuah puisi tidak lebih daripada tiga (3) muka surat, kertas A4, ditaip langkau dua baris, jenis tulisan Arial dan saiz huruf 12.
iv) Setiap penyair dan penulis boleh menghantar tidak lebih daripada tiga (3) buah karya masing-masing.

 v) Panel penyelenggara berhak untuk memilih puisi yang sesuai untuk diterbitkan dan akan memaklumkan kepada mereka yang terpilih.

Sebagai makluman kepada penyair dan penulis yang karya mereka terpilih dan tersiar, bayaran honorarium dan senaskhah antologi akan diberikan secara percuma. Oleh itu, setiap penyair dan penulis yang menghantar karya mesti menyertai sekali biodata ringkas dan alamat surat-menyurat dan no. telefon untuk memudahkan urusan penerbitan dan pemakluman.

Tarikh akhir penyerahan puisi adalah pada 25 Mac 2010 dan kepada penyair dan penulis yang berminat, sila kirimkan puisi tuan/puan sama ada melalui e-mel kepada Saifullizan Yahaya (saif@dbp.gov.my atau saif_hati@yahoo.com.my) atau Muhamad Ikhram Fadhly Hussin (ikhram@dbp.gov.my atau pahlawan313@yahoo.com.my) sebelum tarikh di atas.

Untuk pertanyaan lanjut berhubung penerbitan antologi puisi tersebut, bolehlah menghubungi saudara Saifullizan Yahaya (016-3018645) atau Muhamad Ikhram Fadhly Hussin (012- 2908429).

Perhatian dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Salam hormat,

Saifullizan Yahaya

Muhamad Ikhram Fadhly Hussin 

p/s: Sila uar-uarkan kepada rakan penyair dan penulis yang berminat.

Diambil dari laman http://ejenmanuskrip.blogspot.com/

Bling2

Posted in Hebahan, Kewangan with tags on February 23, 2010 by annahs

Program (ii)

Posted in Copy, Hebahan with tags on February 22, 2010 by annahs

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.